Saturday, August 31, 2013

TEORI MEMBACA



TEORI MEMBACA
Dalam teori membaca , terdapat tiga pendekatan utama yang sering digunakan iaitu pendekatan konseptual , pendektan empirikal dan pendekatan eksperimental.

 a) Pendekatan Konseptual

 Pendekatan ini diilhamkan oleh Kennet S. Goodman . Beliau berpendapat bahawa membaca merupakan proses komunikasi antara pembaca dan bahan bacaan yang dibacanya . Namun demi memperbaiki kelemahan pendekatan ini , kajian semula telah dilakukan . Oleh hal yang demikian , muncul Teori Transformatif Generatif ( TTG) oleh Noam Chomsky . TTG memperkenalkan satu model membaca yang dipanggil Goodmen ( The Gidman Model of Reading) yang menekankan bahawa membaca berada dalam kumpulan yang sama dengan merakam , mengekod , menyahkod dan akan berakhir dengan kefahaman dan komprehensif.

 b) Pendekatan Emperikal

 Pendekatan ini meliputi pengalaman dan proses penghayatan membaca kerana menganggap membaca sebagai suatu proses berfikir dan suatu set kemahiran.Selain itu , membaca juga ditakrifkan sebagai suatu aktiviti visual dan juga sebuah pengalaman berbahasa. .

c) Pendekatan Eksperimental

Pendekatan ketiga ini memandang bahasa sebagai suatu proses atau perlakuan mendapatkan makna melalui pembacaan.Pendekatan ini melibatkan kaijian tertentu yang dilakukan terhadap satu set tingkah laku membaca yang dapat diperhatikan , dikaji dan kemudiannya dianalisis untuk dijadikan suatu teori.

Teori-teori Proses Membaca

Model Bottom Up 

Model membaca dari bawah ke atas ini dibincangkan oleh beberapa orang pengkaji. Namun demikian , tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan. Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, paragraf dan semantik. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.

 Model Top Down

 Model membaca atas ke bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967, 1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke bawah. Tambahan lagi teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri. Pembaca akan memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca. Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. Hal ini demikian kerana, fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, pragraf dan keseluruhan bahan bacaan. Di samping itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Model Atas ke Bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan maklumat.

 Model Interaktif

Model interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Antara tokoh utama dalam model interaktif ialah Stanovich ,1980 dan Rumelhart, 1990. Berdasarkan model ini, pembaca mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Tambahan lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put. Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks. Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan. Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat proses membaca.

 Model Transaktional

Penyelidik utama dalam bidang penyelidikan bacaan berasaskan teori transaktional ialah Louise Rosenblatt yang juga merupakan pelopor teori. Beliau bersama rakannya bernama Dewey dan Bently mencadangkan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi pembelajaran adalah transaksi. Dalam model transaktional ini, membaca merupakan proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia merupakan suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks. Jelasnya lagi , membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks dan ia mambawa kepada makna atau penimbulan. Namun demikian, pendirian pembaca yang akan menentukan pengalaman yang diperoleh daripada teks itu. Kesimpulannya, model transaktional ini menunjukkan bahawa membaca merupakan proses yang melibatkan pembaca, masa atau konteks serta teks yang menghasilkan makna yang tersendiri.

pengertian membaca menurut beberapa ahli



Pengertian Membaca Menurut Para Ahli
pada kesempatan kali ini saya akan berbagi ilmu tentang definisi membaca menurut beberapa ahli yang di rangkum dari beberapa sumber, semoga bisa bermanfaat. .^_^
kita tahu bahwa membaca merupakan suatu kegiatan yang sangat penting baik untuk sekedar memperoleh pengetahuan dan mencari informasi. nah, saya akan memberikan beberapa pendapat tentang definisi membaca menurut para ahli.
1. Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), membaca adalah melihat serta memahami isi dari apa yang     tertulis (dengan melisankan maupun hanya dalam hati).

2. Hodgson (1960: 43-44), membaca adalah suatu proses yang dilakukan serta dipergunakan oleh pembaca untuk memperoleh pesan, yang hendak disampaikan oleh penulis melalui media kata-kata atau bahasa tulis. Suatu proses yang menuntut agar kelompok kata yang merupakan suatu kesatuan akan terlihat dalam suatu pandangan sekilas dan makna kata-kata secara individual akan dapat diketahui. Kalau hal ini tidak terpenuhi, pesan yang tersurat dan yang tersirat akan tertangkap atau dipahami, dan proses membaca itu tidak terlaksana dengan baik.

3. Finochiaro dan Bonomo (1973: 119), membaca adalah memetik serta memahami arti atau makna yang terkandung di dalam bahasa tertulis.

4. Lado (1976: 132), membaca adalah memahami pola-pola bahasa dari gambaran tertulisnya.
5. Gorys Keraf (1996: 24), membaca adalah suatu proses yang kompleks meliputi kegiatan yang bersifat fisik dan mental. Membaca juga dapat diartikan sebagai proses pemberian makna simbol-simbol visual.
6.  Fredick Mc Donald (dalam Burns, 1996: 8), membaca adalah merupakan rangkaian yang respon yang kompleks, di antaranya mencakup respon kognitif, sikap dan manipulatif. Membaca tersebut dapat dibagi menjadi beberapa sub keterampilan, yang meliputi sensori, persepsi, sekuensi, pengalaman, berpikir, belajar, asosiasi, afektif, dan konstruktif. Menurutnya, aktivitas membaca dapat terjadi jika beberapa sub keterampilan tersebut dilakukan secara bersam-sama dalam suatu keseluruhan yang terpadu.

7. Kolker (1983: 3), membaca adalah suatu proses komunikasi antara pembaca dan penulis dengan bahasa tulis. Hakikat membaca ini menurutnya ada tiga hal, yakni afektif, kognitif, dan bahasa. Perilaku afektif mengacu pada perasaan, perilaku kognitif mengacu pada pemikiran, dan perilaku bahasa mengacu pada bahasa anak.

8. Tampubalon (1987: 6), mengatakan karena bahasa tulisan mengandung ide-ide atau pikiran-pikiran, maka dalam memahami bahasa tulisan dengan membaca, proses-proses kognitif (penalaran), terutama yang bekerja. Oleh sebab itu, dapat dikatakan bahwa membaca adalah cara untuk membina daya nalar.

9. Smith (Ginting, 2005), membaca merupakan suatu proses membangun pemahaman sari teks yang tertulis.

10. Juel (Sandjaja, 2005), membaca adalah proses untuk mengenal kata dan memadukan arti kata dalam kalimat dan struktur bacaan. Sehingga hasil akhir dari proses membaca adalah seseorang mampu membuat intisari dari bacaan.

11. Nurhadi (1987: 13-14), membaca adalah proses pengucapan lisan untuk mendapatkan isi yang terkandung di dalamnya. Sedangkan rumit dimaksudkan faktor di atas sering bertautan dan berhubungan, membentuk semacam koordinasi yang rumit untuk menunjang pemahan terhadap bacaan.


12. Soedarso (1996: 4), membaca adalah tidak hanya sekedar membunyikan lambang-lambang bunyi bahasa yang tertulis. Membaca adalah aktivitas yang kompleks yang mengarahkan sejumlah besar tindakan yang berbeda-beda.

13. Syafi'i (1999: 7), membaca adalah suatu proses yang bersifat fisik atau yang disebut proses mekanis,beberapa psikologis yang berupa kegiatan berpikir dalam mengolah informasi.


14. Farris (1993: 304), membaca adalah pemrosesan kata-kata, konsep, informasi, dan gagasan-gagasan yang dikemukakan oleh pengarang yang berhubungan dengan pengetahuan dan pengalaman awal pembaca. Dengan demikian, pemahaman diperoleh bila pembaca mempunyai pengetahuan atau  pengalaman yang telah dimiliki sebelumya dengan apa yang terdapat dalam bacaan.



Dari beberapa pengertian membaca di atas dapat disimpulkan, bahwa membaca adalah suatu proses memahami serta memetik makna dari kata-kata, ide, gagasan, konsep, dan informasi yang dikemukakan oleh pengarang dalam bentuk tulisan
.


Daftar Pustaka :


Tarigan,Henry Guntur.2008.Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Bahasa.Bandung: Percetakan

            Angkasa.

Hatami,chaerul.2011.Pengertian Membaca Menurut Beberapa Ahli.Tersedia [Online].